Minggu, 10 Maret 2013

PRODUK DXN TERBARU 2013

MENGAWAL RISIKO KANSER

Kanser
Penyakit kanser telah menjadi penyakit umum di kalangan masyarakat  dan angka pesakit kanser semakin meningkat setiap tahun. Kanser yang paling biasa mengancam kaum lelaki ialah kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser kolorektal manakala bagi kaum wanita pula adalah kanser payudara, diikuti oleh kanser paru-paru dan kanser kolorektal.
Akan tatapi, dengan sedikit perubahan dalam mengamalkan diet dan cara hidup, kita mampu membawa impak yang besar dalam mengurangkan risiko menghadapi penyakit kanser.
Di bawah merupakan lima senarai amalan mudah yang dapat kita lakukan untuk mengurangkan risiko menghadapi penyakit kanser:
HINDARI GULA DAN MANISAN TIRUAN.
Kurangkan makanan bergula
Cuba elak atau kurangkan mengambil makanan diproses seperti soda, muffin, donut dan gula-gula yang tinggi kandungan gulanya. Gula yang terdapat di dalam makanan ini cepat menyerap ke dalam darah. Ini akan menyebabkan peningkatan kadar gula darah dan seterusnya membawa kepada peningkatan kadar insulin. Tahap insulin yang tinggi akan meningkatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti pada prostat, paru-paru, kolon dan payudara.
MINUM BANYAK AIR.
Minum air bersih
Setiap organ manusia dari organ dalaman seperti paru-paru sehinggalah ke lapisan kulit di bahagian luar memerlukan air untuk berfungsi dengan lancar. Tanpa air, tubuh tidak akan mampu berfungsi dengan cekap. Selain itu, dengan mengambil air yang banyak, ia mampu membantu dalam penyingkiran toksin daripada tubuh badan. Kajian turut menunjukkan bahawa dehidrasi boleh dikaitkan dengan kanser saluran kencing, kolon dan payu dara.

BERSENAM DAN MENGAWAL BERAT BADAN.
MycoVeggie
Mengawal berat badan yang sihat dan bersenam setiap hari akan membantu dalam pencegahan kanser. Menurut Mayo clinic, berat badan berlebihan atau obes boleh meningkatkan risiko menghidapi kanser payudara, kolon, kerongkong, buah pinggang perut dan uterus. apabila berat badan kita berlebihan, tahap insulin kita turut akan melambung tinggi dan ini berkait langsung berlakunya penyakit kanser seperti dijelaskan di atas.



MAKAN SAYUR BERDAUN HIJAU GELAP.
Spirulina
Dari segi kandungan nutrisi, sayuran hijau mempunyai kandungan kalsium, magnesium, besi, potasium, fosforus, zink dan vitamin A, C, E serta K yang tinggi. sayuran hijau penuh dengan serat, asid folik, klorofil dan zat lain seperti mikro nutrisi serta fitokimia. buah-buahan dan sayuran juga mengandungi anti oksida seperti Vitanin C, Vitamin E dan lain-lain yang membantu tubuh dalam menyingkirkan radikal bebas bertoksid.



MINUM TEH HIJAU.
Teh Spica
Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa dengan mengambil 3 gelas teh hijau setiap hari, kita dapat mengurangkan risiko mengidap kanser payudara  sebanyak 40 %. Teh hijau turut dapat mengurangkan risiko mengidap kanser rektum, hati, pankreas, perut dan kolon. Teh hijau mengandungi anti oksida di mana kajian menunjukkan bahawa ia mampu membantu menyingkirkan radikal bebas ( boleh membawa kepada mutasi sel) dari tubuh badan.



PRODUK KESIHATAN DXN
Lambang produk Kesihatan berkualiti di 150 Negara.
DXN Marketing menghasilkan dan memasarkan pemakanan kesihatan yang menyeluruh  bersesuaian dengan keperluan setiap individu. Dapatkan maklumat makanan kesihatan lengkap untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan keluaran Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar